PENDAFTARAN PENGUNDI BARU
KOTA BARU : Selangor dan Kedah diberi ingatan “tegas” oleh pucuk   kepimpinan PAS, kedua-dua kerajaan negeri itu berada di “ambang   keruntuhan” jika tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam   jumlah yang besar.
Peringatan itu diberikan oleh Ketua Lajnah   Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Hamid Abdul Abdul Rahman ketika   menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.
Dengan   mengambil kira prestasi Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil  kerusi  Parlimen Selangor, Abdul Hamid berkata, PAS perlu mempergiatkan  usaha  mendaftar pengundi-pengundi baru.
“Berdasarkan (prestasi  ketika)  pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya hendak ingatkan  pesuruhjaya PAS  dan Yang Dipertua PAS kawasan di Selangor, kita kena  tingkatkan  pendaftaran pemilih... di Hulu Selangor kita kehilangan enam  peratus  pengundi Melayu dan 10 peratus pengundi India.
“Kalau  kita tidak  daftar pengundi muda yang baru, Selangor di ambang  keruntuhan. PAS  ‘out’, cuma (boleh dapat kerusi),” katanya.
Pakatan  Rakyat  menurunkan calon dari Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.
“Kedah   pun kena tambah pengundi-pengundi baru, kalau tidak Kedah pun di  ambang  kejatuhan,” kata beliau hari ini.
Semalam PAS meluluskan  pelan  tindakan 15 strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Salah   satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru.
Strategi   itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang   diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam.
Muktamar yang   berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu   menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.
Dalam   ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan   bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera   pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk   berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13. Dengan pendaftaran pengundi   yang menyeluruh, kata PAS, tumpuan serius dan sistematik perlu  diberikan  termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih,  terutama  pemilih baru, secara besar-besaran.
“Sasaran minimum  ialah satu  juta pendaftaran baru di seluruh negara,” kata PAS dalam  laporan itu  yang diperoleh The Malaysian Insider.
Ketua Dewan  Pemdua PAS  menyasarkan untuk memberi tumpuan ke atas 2.2 juta pengundi  muda.
Masih  ada lebih empat juta pengundi yang layak tetapi  belum mendaftar sebagai  pemilih.
Abdul Hamid juga menyentuh  prestasi PAS mempertahankan  kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai,  Kelantan dengan majoriti tipis.
Menurut  beliau, di Manek Urai  PAS kemerosotan undi sebanyak 6.3 peratus ketika  pilihan raya kecil  tahun lalu.
“Dengan mengambil kira tiada  tsunami politik (2008  berulang) dan kita menurunkan anggaran undi  diperoleh lima peratus,  kita merosot 6.3 peratus undi di Manek Urai, di  Kelantan kita boleh  mengekalkan dengan memperoleh 24 kerusi,” katanya.
Sehubungan   itu kata beliau, kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan   Rakyat perlu membantu parti-parti politik ikatan tersebut.
Katanya,   PAS meneruskan prestasi di Kelantan disebabkan sokongan kepimpinan   kerajaan negeri kepada jentera parti-parti politik.
“Kekuatan   menghadapi pilihan raya di Selangor dan Kedah, tidak sama dengan   kekuatan menghadapi pilihan raya di Kelantan,” katanya.
“Ini satu   ingatan... diharap PAS pusat akan membuat panduan untuk membantuk   menghadapi pilihan raya umum ke-13,