Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan memberhentikan amalan sekarang yang mana jawatan berkenaan diisi oleh perwakilan daripada Pejabat Peguam Negara.
Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan. Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam. | ||||
Tuesday, June 29, 2010
PAKATAN LANTIK PENASIHAT UNDANG2 SENDIRI.
Sunday, June 20, 2010
PAS PERSIAP HADAPI PILIHANRAYA
"Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.
Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri.
Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya.
Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri yang akan bermula minggu depan.
Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri.
Pengarah Ilpas adalah Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketua pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu.
Dengan pembentukan Ilpas, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya.
Abdul Hadi berkata, melalui Ilpas, semua petugas akan dilatih agar memahami dengan baik apa yang diperlukan dalam sistem demokrasi.
"Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang.
Untuk melaksanakan perkara ini, sebagaimana zaman awal Islam, PAS membina ahli induk dahulu.
"Inilah yang PAS buat dan akan dibuat oleh Ilpas," kata Abdul Hadi.
Abdul Hadi menerangkan dengan jelas konsep demokrasi dan pemimpin yang perlu mendapat sokongan majoriti dalam ucapannya.
"Perlantikan khalifah Islam pertama Abu Bakar As Siddiq adalah melaliu prinsip ini kerana Islam sedar peri pentingnya pemimpin yang mendapat sokongan majoriti rakyat," katanyaSaturday, June 19, 2010
BANJIR KILAT DI TAMAN WIRA


Tetapi kejadian ini bertambah serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Yb Dr Ismail telah melihat masaalah ini dan membuat tinjauan semalam.

baca lagi
PAS sedia hadapi BN bila-bila masa
![]() |
"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.
Ber
![]() |
Menteri Besar Kelantan itu berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.
Sunday, June 13, 2010
PEDAFTARAN PENGUNDI BARU
Peringatan itu diberikan oleh Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Hamid Abdul Abdul Rahman ketika menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.
Baca lagi
Saturday, June 12, 2010
BANTUAN BENCANA RIBUT DITAMAN WIRA
baca lagi
Friday, June 11, 2010
PAS LETAK CALON BUKAN ISLAM
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmar
Read More
SIDANG MEDIA DATUK JAMIL KHIR DIBATALKAN
Difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
read more