Tuesday, June 29, 2010

PAKATAN LANTIK PENASIHAT UNDANG2 SENDIRI.



Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan memberhentikan amalan sekarang yang mana jawatan berkenaan diisi oleh perwakilan daripada Pejabat Peguam Negara.

Pada sidang media oleh pemimpin Pakatan di parlimen, hari ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu perlu berikutan 'kecuaian' oleh penasihat undang-undang yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.



Sunday, June 20, 2010

PAS PERSIAP HADAPI PILIHANRAYA

PAS melancarkan Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) hari ini dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan.

"Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.

Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri.

Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya.

Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri yang akan bermula minggu depan.

Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri.

Pengarah Ilpas adalah Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketua pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu.

Dengan pembentukan Ilpas, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya.

Abdul Hadi berkata, melalui Ilpas, semua petugas akan dilatih agar memahami dengan baik apa yang diperlukan dalam sistem demokrasi.

"Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang.

Untuk melaksanakan perkara ini, sebagaimana zaman awal Islam, PAS membina ahli induk dahulu.

"Inilah yang PAS buat dan akan dibuat oleh Ilpas," kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi menerangkan dengan jelas konsep demokrasi dan pemimpin yang perlu mendapat sokongan majoriti dalam ucapannya.

"Perlantikan khalifah Islam pertama Abu Bakar As Siddiq adalah melaliu prinsip ini kerana Islam sedar peri pentingnya pemimpin yang mendapat sokongan majoriti rakyat," katanya

Saturday, June 19, 2010

BANJIR KILAT DI TAMAN WIRA


Banjir kilat di Blok C Taman Wira akan berlaku setiap kali hujan lebat sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.

Tetapi kejadian ini bertambah serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Yb Dr Ismail telah melihat masaalah ini dan membuat tinjauan semalam.
baca lagi




PAS sedia hadapi BN bila-bila masa

PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Ber
cakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lalu, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan itu berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.

Sunday, June 13, 2010

PEDAFTARAN PENGUNDI BARU

KOTA BARU : Selangor dan Kedah diberi ingatan “tegas” oleh pucuk kepimpinan PAS, kedua-dua kerajaan negeri itu berada di “ambang keruntuhan” jika tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Peringatan itu diberikan oleh Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Hamid Abdul Abdul Rahman ketika menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.

Baca lagi

Saturday, June 12, 2010

BANTUAN BENCANA RIBUT DITAMAN WIRA

Sebanyak 33 rumah diperumahan Taman Wira Mergong telah rosak akibat angin kuat yang menerbangkan bumbung rumah. PKWR Dun Angkat Bakar Bata telah memberi bantuan kepada penduduk-penduduk yang terlibat.
baca lagi

Friday, June 11, 2010

PAS LETAK CALON BUKAN ISLAM

Selepas penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat hasil keputusan mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmar
Read More

SIDANG MEDIA DATUK JAMIL KHIR DIBATALKAN

Satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir.
Difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

read more

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PEMUDA BAKAR BATA

Perjumpaan pemuda di Pusat khidmt Wakil Rakyat (PKWR) dibangunan rumah kedai Taman Wira Bersama YB DR Ismail Salleh , Turut hadir adalah Pengarah PKWR En Zul Che haron dan S/usaha En Kasmani. Majlis bertujuan untk menghimpun pemuda seluruh Bakar Bata terutamanya dalam menghadapi pilihanraya yang ke 13 ini.

KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH

Pertandingan bolasepak 7 sebelah Piala YB DR Ismail telah dimenangi oleh Team Cawangan Kampung Berjaya yg telah menewaskan team caw, Flat Sri Gemilang. Johan menerima Piala Pusingan yang disampaikan oleh YB DR Ismail. Kelihatan kedua-dua pasukan bergambar kenangan bersama pengurus masing-masing.

Ketua Pasukan Cawangan Kampung Berjaya, Mohd Aidil menerima piala pusingan daripad YBPasukan Kampung Berjaya bersama Pengurus Pasukan En Anuar. (Baju Biru)